Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

(Gambar) Nora Danish Pilih Nedim, Kini Bergelar Suami Isteri

nedim nazri
Nora dan Nedim bergelar suami isteri semalam dengan dua kali lafaz

Setelah beberapa tahun menyulam cinta, akhirnya semalam, 30 Mac, jam 8.37 malam, Nora dan Nedim telah selamat bergelar suami isteri selepas dua kali lafaz di sebuah majlis tertutup di GlassHouse at Seputeh. Nora atau Nora Danish Mohd Hanif, 36, menerima mas kahwin berjumlah RM300 daripada pengantin lelaki sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Pasangan ini kelihatan berseri-seri dalam persalinan rona putih daripada koleksinya sendiri iaitu Owl by ND.

Pernikahan yang serba sederhana ini turut dihadiri kaum keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

"Saya dan Nedim pernah merasai majlis pernikahan yang dibuat secara besar-besaran, namun untuk kali kedua ini biarlah kami bersederhana. Tidak semestinya majlis sederhana itu tidak meriah. Kami memilih cara ini kerana ia lebih peribadi dan intim." kata Nora kepada pihak media.

nedim

nedim nazri

nedim nazri

nedim nazri

nedim nazri


Setelah sekian lama menunggu detik ini menjadi kenyataan, Nora berkata dia tidak menolak sekiranya diberikan rezeki cahaya mata dalam masa terdekat.

Pasangan ini sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dan masing-masing memiliki seorang anak.

Kredit : MStar

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.