Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Harga Petrol Dan Diesel Minggu Ini




Kuala Lumpur: Harga terkini bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 17 sen dan 19 sen seliter manakala diesel akan turun 9 sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Menurut sumber, RON95 turun 17 sen menjadikan harga bermula Khamis 30 Mac 2017 ialah RM2.13 seliter berbanding RM2.30 seliter manakala harga RON97 ialah RM2.41 berbanding RM2.60 sebelum ini.

Harga baru diesel pula ialah RM2.11 berbanding RM2.20 seliter sebelum ini dan diesel Euro 5 pula pada harga RM2.21 seliter berbanding RM2.30 seliter sebelum ini.


Harga baru bahan api ini berkuat kuasa dari 30 Mac 2017 hingga 5 April 2017 selepas kaedah mingguan setiap Rabu dikuatkuasakan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.