Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Harga Petrol Dan Diesel Secara Minguan Setiap Hari Rabu

minyak


Kerajaan akan menguatkuasakan penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan pada setiap hari Rabu berbanding bulanan sebelum ini dan harga berkenaan berkuat kuasa bermula jam 12.01 pagi pada keesokannya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan itu akan dilaksanakan bermula 29 Mac ini dan harga baru berkuat kuasa pada hari berikutnya iaitu 30 Mac.
“Kerajaan sebelum ini membuat pengumuman harga petrol dan diesel secara bulanan menggunakan formula ‘Automatic Pricing Mechanism’ (APM) yang ditetapkan sejak 1983.

“Formula itu mengikut kadar pasaran harga minyak dunia dan memberikan angkubah perkiraan untuk syarikat dan pengusaha stesen minyak mengikut komponen seperti kos produk, operasi dan margin,” katanya dalam pengumuman penetapan kaedah harga baru itu, hari ini.


Menurutnya, perubahan atau kadar turun naik harga begitu ketara hingga menyebabkan kegelisahan kepada pengguna dan pengusaha stesen minyak.

“Ini menyebabkan berlakunya pembelian panik dalam kalangan pengguna apabila orang ramai mula beratur panjang di stesen minyak.

“Kerajaan juga mengambil masa sebulan untuk membuat pembetulan sekiranya berlaku perubahan ketara harga minyak di pasaran dunia,” katanya.

Hamzah turut mengalu-alukan syarikat dan pengusaha minyak yang ingin melakukan promosi dengan memberikan diskaun daripada harga yang ditetapkan namun perlu mendapatkan kelulusan KPDNKK terlebih dulu.

“Semua syarikat dan pengusaha stesen minyak diingatkan supaya mematuhi penetapan harga baru ini dan tindakan tegas boleh diambil jika menjual pada kadar lebih tinggi ditetapkan kerajaan,” katanya


Kredit :Hmetro


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.