Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Perut Membesar Macam Kandung Kembar 10, Doktor Terkejut Buang Cysts Seberat 32kg


Mexico City: Akibat ketumbuhan seberat 31.8 kilogram (kg), hampir sama dengan berat 10 bayi yang baru lahir, seorang wanita terpaksa menjalani pembedahan membuangnya setelah hampir 11 bulan menderita.

Selepas 5 jam pembedahan, Dr Eric Hanson Viana berjaya mengeluarkan ketembuhan gergasi dari perut wanita tersebut.

Dr Eric Hanson Viana berhati-hati ketika mengeluarkan ketumbuhan seberat 31.8kg 

Walaupun dia berdiet,berat badan wanita berusia 24 tahun itu (identitinya tidak didedahkan) terus meningkat secara mendadak. Masalahnya hanya dikenal pasti selepas menjalani ujian imbasan.

Ketika keputusan untuk melakukan pembedahan diambil, ketumbuhan tersebut sudah seberat 31.5kg. Ia menimbulkan risiko kegagalan jantung kerana ketumbuhan itu menindih organ dalamannya, seterusnya menyebabkan wanita itu menghadapi masalah untuk berjalan, bernafas dan makan.

Menurut Dr Eric Hanson Viana, doktor yang merawat wanita terbabit berkata, mungkin ini adalah cyst yang terbesar dalam sejarah perubatan.

Dr Hanson menunjukkan keadaan perut pesakit setelah pembedahan membuang ketumbuhan dilakukan




Kredit : Harian Metro

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.