Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Memandu Dibawah Pengaruh Dadah Hingga Menyebabkan Kematian, Pei Ven Mengaku Tidak Bersalah

Ng Pei Ven
Ng Pei Ven mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu dibawah pengaruh dadah jenis syabu
hingga menyebabkan kematian
BUKIT MERTAJAM: Seorang remaja perempuan mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini, atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah. Tertuduh Ng Pei Ven, 19, menjadi viral di media sosial baru-baru ini gara-gara memandu melawan arus di  km 134 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Permatang Pauh sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan majistret Jamaliah Abd Manap, Pei Ven didakwa memandu kenderaan jenis proton Gen 2 dibawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli di kilometer 134 Lebuhraya PLUS dari plaza tol sungai dua menghala ke Butterworth, kira-kira jam 7.50 pagi pada 14 Mac lalu.


Dia didakwa mengikut seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM 20,000 dan penjara maksimum 10 tahun serta hilang kelayakan lesen memandu tidak kurang tempoh lima tahun.


Pendakwaan dikedalikan Timbalan Pendakwaraya, Datuk Razali Che Ani manakala tertuduh diwakili peguam Parmjit Singh Mahinder. Razali bagaimanapun telah memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan dua orang penjamin.


Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000  dengan dua orang penjamin.


12 Mei depan ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia dan bedah siasat mangsa.


Tertuduh, Pei Ven pemegang kad orang kurang upaya(OKU) dalam masalah pembelajaran, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis syabu ke dalam badannya di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Jumaat lalu dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 bersama dua orang penjamin selain perlu melapor diri di balai polis setiap minggu.


Dia didakwa mengikut seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih rm5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.


Dalam insiden 7.50 pagi selasa itu, Pei Ven memandu melawan arus sejauh lima kilometer dari plaza tol Sungai Dua menghala ke Butterworth.


Dia kemudian merempuh sebuah Perodua Kelisa dan menyebabkan kematian pemandunya, Mohamad Fandi Rosli, 26 tahun.


Turut terlibat dalam kemalangan itu ialah dua buah kereta lain serta masing-masing sebuah van pekerja dan motosikal.


Pei Ven mendakwa dia ternampak sebuah lori besar berdekatan plaza tol Sungai Dua sebelum membuat pusingan U dan memandu melawan arus.


Kejadian itu mendapat perhatian ramai apabila rakaman klip video kereta dipandu Pei Ven tersebar sehingga menjadi tular di laman sosial.


Kredit : Bernama

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.