Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Murid Cedera Dan Melecur Di Punggung Dipercayai Dipukul Dan Didera Guru Tuisyen, Dua Wanita Ditahan

Murid tahun satu didera menggunakan cawan dan kuali panas yang direndam dalam air menggelegak-Gambar Fail


Seorang murid tahun satu cedera dan melecur dipunggung dipercayai di rotan dan didera menggunakan peralatan panas oleh guru tuisyennya. Menurut sumber yang dipetik daripada Bernama, dua orang wanita ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Mohd Taib Ahmad, kedua-dua suspek yang berusia 34 dan 23 tahun itu merupakan guru tuisyen di tempat mangsa belajar.

Dalam sidang media hari ini beliau berkata,"Kedua-dua wanita tersebut telah ditahan petang semalam bagi membantu siasatan. Ini menjadikan jumlah orang yang ditahan setakat ini adalah tiga orang termasuk seorang lelaki. Kesemua mereka telah direman selama lima hari mulai hari ini."

Menurut kakak mangsa, dalam sebuah sidang media yang diaturkan Cheo Yee How, Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Rinting,adik lelakinya dipercayai diperlakukan demikian kerana nakal dan tidak mahu menyiapkan kerja sekolah.

Kira-kira jam 5 petang, dia telah dimaklumkan tentang kejadian terbabit oleh sepasang suami isteri yang juga jiran guru terbabit. Pasangan tersebut memberitahu kepada kakak mangsa yang adiknya telah melarikan diri dari rumah guru berkenaan dan menyembunyikan diri di rumah mereka.

"Apabila berjumpa adik, saya dapati terdapat kesan darah pada seluarnya dan kesan melecur pada punggung. Adik saya memberitahu bahawa dia telah dirotan oleh gurunya dan kemudian punggungnya dilecurkan menggunakan cawan dan kuali panas yang direndam dalam air yang mendidih."katanya dalam sidang media berkenaan.

Susulan laporan polis yang telah dibuat oleh kakak mangsa,Mohd Taib berkata, seorang lelaki telah ditahan dipercayai pembantu kepada guru terbabit.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.