Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Netizen Kongsikan Video Dan Gambar Fenomena Belalai Air

belalai air


Netizen berkongsi keterujaan menyaksikan fenomena belalai air atau pusaran angin yang muncul bersebelahan Jambatan Pulau Pinang di sini ptg tadi.

Kebanyakan netizen mula memuat naik gambar dan video fenomena belalai air itu petang tadi, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 6 petang.

Terdapat rakaman berdurasi beberapa saat yang disebarkan menerusi laman Facebook dengan seorang netizen menyifatkan fenomena itu sebagai puting beliung.

Belalai air ialah fenomena puting beliung kecil yang berlaku di pesisiran pantai.


Fenomena itu bukanlah puting beliung kerana ia terjadi dalam skala yang sangat kecil dan berlaku dalam masa singkat lebih kurang seminit sahaja.

Ia biasa berlaku di kawasan persisiran pantai dan ia akan hilang apabila menghampiri permukaan darat.

Belalai air tidak membawa bencana kepada orang awam, namun ia boleh mendatangkan bahaya kepada bot dan kapal-kapal kecil di kawasan tersebut.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.