Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Pengesahan Kalimah ALLAH, Nama Ya Hayyum Ya Qayyum Di Selipar

Selipar yang tertulis kalimah suci Asma' al-Husna, 'Ya Hayyun Ya Qayyum'

Berikutan penularan isu kalimah Allah yang tertulis di kasut BATA dan kalimah suci daripada Asma' al-Husna iaitu 'Ya Hayyun Ya Qayyum', pihak Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri telah mengambil tindakan untuk menyiasat dan menyemak semula kedua-dua produk tersebut.


Hasil siasatan yang telah dijalankan, pengerusi Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Pencetakan Teks Al-Quran,SAHIBUS SAMAHAH TAN SRI DATO’ SERI DR. HAJI HARUSSANI BIN ZAKARIA telah mengeluarkan kenyataan bahawa pada selipar berkenaan adalah BENAR tertulis kalimah Ya Hayyun Ya Qayyum yang mempunyai kalimah suci daripada Asma' al-Husna. Sehubungan dengan itu, rampasan telah dibuat dan tindakan lanjut sedang dilakukan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri melalui Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986.

Oleh hal yang demikian,orang ramai yang telah membeli selipar berkenaan dinasihatkan supaya menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri untuk tujuan pelupusan.


Tulisan TIDAK menyerupai kalimah ALLAH

Seterusnya, bagi penularan berkaitan dakwaan tulisan kalimah Allah pada tapak kasut jenama BATA kebelakangan ini di laman media sosial, Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran dengan ini memaklumkan bahawa hasil semakan dan penelitian yang dibuat oleh Ahli Lajnah Tasheh al-Quran mendapati bahawa tulisan pada tapak kasut tersebut jelas TIDAK menyerupai kalimah Allah.

Justeru itu, Lembaga merakamkan jutaan terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia yang beragama Islam yang terlebih dahulu merujuk perkara ini kepada pihak mereka.
Kredit : BERNAMA

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.