Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Penungang Motosikal Maut Tercampak Atas Kubur

maut
Mangsa ditemui terbaring di atas kubur.
Seorang pelajar kolej berumur 19 tahun maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum tercampak ke atas kubur di tanah perkuburan Islam di Jalan Lendu di Alor Gajah.

Dalam insiden pada awal pagi Sabtu, Muhammad Faiz Akmal Mohd Radzali yang berasal dari Arau, Perlis itu meninggal dunia akibat kecederaan di kepala selepas mengenai batu nisan.

Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di atas kubur bersama motosikalnya.
Muhammad Faiz merupakan pelajar dalam bidang pertanian di sebuah kolej.

Seorang jurucakap polis trafik berkata, Muhammad Faiz dipercayai hilang kawalan sewaktu melalui selekoh tajam dekat tanah perkuburan.

"Mangsa dipercayai tercampak sebelum terbaring di atas kubur apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh pagar tanah perkuburan," katanya.

Al-fatihah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.