Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Persoalan Tentang Setiasusaha Agung FAM Terjawab, TMJ Kekalkan Hamidin



Segala persolaan tentang siapakah yang bakal diangkat sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) akhirnya terjawab selepas, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengekalkan Datuk Hamidin Mohd Amin, lapor sinar harian.

"Ramai orang tanya soalan ini, yang buat kerja adalah presiden, yang kena memastikan semua orang buat kerja adalah presiden dan untuk masa ini Datuk Hamidin kekal sebagai Setiausaha Agung.

"...dan jika Datuk Hamidin tak buat kerja dan tidak menepati apa yang diharapkan, minta maaflah Datuk (Hamidin),"
kata baginda.

Tunku Ismail berkata demikian selepas menjawab soalan wartawan siapa bakal mengisi jawatan itu selepas beliau disahkan sebagai Presiden FAM yang baharu pada kongres berkenaan.

Hamidin mengucapkan terima kasih kepada media selepas berakhirnya sidang media berkenaan kerana membangkitkan soalan tersebut

"Baguslah, sekurang-kurangnya selepas terjawabnya soalan itu, tiada lagi khabar angin dan spekulasi daripada pihak lain mengenai status saya," katanya. -

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.