Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Mufti Perlis Bimbang Produk "Jantina Rekaan" Jadi Ikutan, Jangan Mudah Terperdaya

jantina rekaan
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengulas mengenai produk "jantina rekaan"

Baru-baru ini tular di media sosial berkaitan perniagaan yang mempromosikan "jantina rekaan". Bagi menjawab isu ini, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, apa sahaja produk yang mempunyai unsur yang bertentangan fitrah, perlu ditolak oleh masyarakat waras.

Menerusi laman rasmi Facebook miliknya hari ini beliau berkata, “Sesiapa yang membantu mempromosikan jenama apa sahaja produk 'jantina rekaan' yang menyanggahi fitrah insan yang rasional, sesungguhnya dia telah membantu kemungkaran dan dosa.”

Tambah beliau lagi, fitrah manusia  waras hanya mengiktiraf dua jenis jantina itu lelaki dan perempuan.
“Jika ada yang khunsa maka itu dianggap kes terpencil yang diiktiraf dengan syarat-syaratnya. Demikianlah pendirian Islam sebagai agama yang selaras dengan fitrah manusia yang normal. Adapun jantina rekaan ataupun yang diada-adakan atas apa nama sekalipun seperti pondan, mak nyah, darai, pengkid, ataupun apa sahaja, kesemuanya ditolak oleh insan yang waras. Ini kerana ia ditolak oleh fitrah manusiawi yang sejahtera. Demikian ia ditolak oleh agama yang berdiri teguh atas fitrah insani waras,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, sekiranya wujud kekeliruan jantina maka, ia perlu dirujuk kepada pakar bidang berkaitan bukan kepada ‘kecelaruan diri’.

Justeru, apa sahaja produk, karya seni, filem, produk makanan dan apa sahaja yang mempromosikan jantina yang tidak diiktiraf perlulah ditolak.

Perniagaan nasi lemak yang diusahakan seorang lelaki menggunakan nama Nasi Lemak Pondan pernah menjadi tular di media sosial dan beberapa agensi media yang turut melaporkan kisah tersebut.

Kredit : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.