Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Rebah Selepas Mendengar Keputusan Hakim - Warga Emas Berusia 60 Tahun Ramas Kemaluan Lelaki

Mencabul Pekerja Lelaki
Gambar sekadar hiasan


AYER KEROH: Seorang tertuduh dikejarkan ke hospital apabila mengalami sesak nafas dan rebah di dalam kandang selepas mendengar keputusan hakim Mahkamah Tinggi Melaka terhadap rayuan hukumannya atas kesalahan mencabul pekerja kafe tiga tahun lalu. 

Mahkamah Majistret Ayer Keroh sebelum ini telah menjatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM7,000 kepada Deraman Abu Chek,pada 30 Mei tahun lalu, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan.

Hakim Siti Khadijah S. Hassan Badjenid hari ini membenarkan penangguhan perlaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan dikemukakan dengan mengurangkan hukuman penjara  kepada dua minggu dan menaikkan jumlah denda menjadi RM10,000.
Deraman yang juga seorang pesara kerajaan secara tiba-tiba rebah setelah mendengar keputusan mahkamah dan terpaksa dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.

Berdasarkan pertuduhan, Deraman didapati meramas kemaluan seorang lelaki berusia 26 tahun di dalam tandas lelaki aras bawah UTC Melaka sekitar jam 7.30 malam pada 19 Mac 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman tersebut.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Ishak Kari merayu mahkamah untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara kepada anak guamnya dan menggantikannya dengan menaikkan jumlah denda kepada tertuduh.

Bagaimanapun, prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Shazril Ghazali bertegas memohon mahkamah untuk mengekalkan hukuman yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Majistret pada 30 Mei 2016 lalu.

Sejurus mendengar hujahan kedua-dua pihak, Hakim Siti Khadijah memutuskan hukuman penjara dua minggu dan denda RM10,000, sebelum keadaan mahkamah menjadi kecoh.

Kredit : Berita Awani 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.