Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

(Tips) Latih Anak Supaya Kurang Manja, Merengek Sepanjang Masa

Gambar sekadar hiasan
Bila balik kampung, anak mula merengek tidak mahu orang lain dekatinya. Atuk dan nenek yang dah lama memendam rindu pada cucu hanya mampu memandang dari jauh tatkala anak kecil itu hanya mahu ibu atau ayahnya sahaja disampingnya. Paling tertekan si ibu apabila anak kecil ini tidak mahu berenggang darinya. Hinggakan si ibu mahu mandi pun anaknya mula menangis seperti "kena dera". Oleh itu, ibubapa perlulah bersedia menghadapi situasi ini dengan cara melatih anak mereka supaya berdikari dan pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran  baru. Disini sempat saya kongsikan beberapa tips dari Info Ibu Hamil .
Elakkan terlalu kerap mendukung bayi. 
Bukan tak boleh dukung, cuma jangan terlalu kerap. Biarkan anak anda teroka dunia dia sendiri dengan pemantauan ibubapa. Percayalah, masa dia kecil memang kita seronok membelai dia sentiasa, rasa tak sanggup nak lepaskan dia, tapi kalau dah 'over' nanti mommy yang stress.
Jangan gelabah bila anak menangis. 
Jangan terlalu panik apabila anak anda menangis. Biarkan sekejap. Jenguk dulu kenapa dia menangis. Latih anak anda untuk tenang sendiri. Cuba bersuara dari jauh. Contohnya, "mommy kat sini" ; "mommy ada ni" ; "jap jap mommy datang". Biar dia rasa selamat dan tahu kita ada berdekatan dengannya.
Banyakkan berkomunikasi dengan bayi anda walaupun dia tak faham. 
Sebagai contoh, sepanjang perjalanan ke rumah pengasuh atau ketika berada di rumah, cuba bercakap dengan dia. Latih anak anda untuk tahu yang kita bercakap dengan dia. Latih dia perlahan-lahan untuk belajar terima arahan. Bayi yang faham arahan akan lebih berdikari.
Contohnya : "Sekarang masa untuk mandi. Jom. Mommy letak air dlm tab dulu ye." (sambil dukung atau biar dia lihat kita isikan air ke dalam bekas mandian) atau "Sekarang masa untuk tidur. Jom pakai bedak dan losyen." (sambil ambil barang-barang makeup dia)
Jangan terlalu 'over protective'. 
Biar anak teroka dunia perkembangan dia. Jangan terlalu menyekat pergerakannya. Cuma berjaga-jaga supaya dia tidak tercedera. Mommy cuma campur tangan apabila perlu sahaja. Latih anak untuk bergaul dengan rakan sebaya, anak-anak sedara, atauk dan nenek atau sedara mara. Tapi jangan lupa untuk mengajar dia untuk jauihi orang asing.
Latih anak tidur awal. 
Jam 8.00 -830 masa untuk tidur. Jam 9 paling lewat. Latih dari kecil,maka dia akan biasa. Apabila anak jaga waktu malam, lepas menyusu tidurkan dia semula. Jangan sesekali ajar bermain atau buka lampu terang. Dia perlu tahu beza malam dan siang dan dia perlu dilatih.
Sediakan senarai apabila bawa si kecil membeli belah.
Masa anak kecil, bacakan untuk dia setiap barang yang ambil dari rak sambil tandakan di kertas. Biar anak nampak perbuatan kita. Ddengan cara ini, anak akan simpan dalam memorinya, apa yang boleh dibeli hanya dari senarai itu. 
Latih anak untuk membuat pilihannya sendiri.
Sebagai contoh, masa dia memilih mainan, cuba tunjukkan beberapa pilihan kepadanya. Kalau yang mahal, cuba bandingkan dengan mainan yang lebih murah. Tapi, jangan terus tolak permintaan dia ye. 
Selalu pesan kepadanya untuk menjaga kelakuan semasa berada di tempat awam. 
Pesan dari rumah, dalam kereta ulang lagi. Sampai pasaraya ulang lagi. Puji dia kalau dia 'baik'. bagi hadiah contohnya berikan sebuah ciuman supaya dia rasa dihargai.
Marah atau hukum bila dia buat salah. 
Gunakan nada suara atau bahasa tubuh. Biar dia tahu perbezaan nada atau gerakan yang kita gunakan .
1-3 thn : Nada suara atau pukul lembut di tapak tangan. Terangkan kepadanya kenapa dia kena hukum.
3-6 thn : Pukul di tapak tangan. Pukul perlahan, sekadar amik syarat. Terangkan kenapa dia dihukum.
* Boleh gantung rotan didinding. Jangan lupa terangkan kegunaan rotan tu.
Selalu setkan kita adalah ibu bapa. 
Kita yang kawal dan bentuk anak, bukan anak yang kawal kita. Bentuk anak bukan maksud kita tak sayang anak, tapi kita cuba disiplinkan anak-anak. Setiap ibubapa ada caranya tersendiri.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.