Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

(Tips) Melancong Dengan Si Kecil, Apa Perkara IbuBapa Perlu Ambil Perhatian Bila Anak Mengamuk Atas Pesawat




Bila kita travel by flight dengan anak kecil, macam-macam perkara yang menjadi 'nightmare' kepada ibubapa. Memikirkan perjalanan yang mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke destinasi, banyak la ragam si kecil yang perlu ibubapa hadap! So, bersiap sedialah dengan pelbagai taktik untuk 'tackle' anak anda supaya dia tidak buat perangai semasa travel nanti.




Ini adalah perkongsian dari Khairul Abdullah, seorang ayah yang sering travel bersama anak-anaknya yang masih kecil.

5 Tip Penting Diketahui Jika Bawa Anak Kecil Travel By Flight

Buat begini jika anda ingin menaiki pesawat bersama bayi yang masih kecil.

1. Ketika famili bersama anak kecil dipanggil untuk menaiki pesawat terlebih dahulu, biarkan pasangan atau anda sendiri sahaja yang naik awal bersama beg, stroller dan sebagainya bersama anak yang lebih besar jika ada.

2. Dah naik, siapkan tempat duduk, beritahu pramugari dan minta seatbelt khas bayi serta berikan botol susu kepada pramugari minta diisikan air suam dan buatkan susu.

3. Anda atau pasangan bersama bayi tunggu hingga menjadi orang yang terakhir menaiki pesawat. Oleh yang demikian, bayi anda tidak akan merasa kurang selesa dan “overwhelmed”.

Anak kurang selesa akibat melihat ramai orang yang sibuk mencari tempat duduk, menyimpan beg, bersembang dan sebagainya jika naik lebih awal.

4. Sewaktu menunggu untuk berlepas juga penghawa dingin di dalam kapal terbang kurang sejuk maka bayi boleh juga merasa kepanasan, tidak selesa dan meragam.

Jika anda yang terakhir memasuki pesawat, maka bayi tidak lagi perlu menunggu lama untuk berlepas.

5. Apabila dah duduk, pakaikan seatbelt dan berikan susu kepada bayi yang telah disediakan oleh pasangan anda yang naik lebih awal tadi.

Apabila mendapat respon pembaca, Khairul Abdullah telah menambah beberapa tip lagi. Antaranya tentang apa perlu dilakukan bagi mengelakkan baby meragam.


Senarai barang bayi untuk dibawa bersama semasa travel by flight

Apa Perlu Dilakukan Jika Bayi Menangis?

Pertama sekali sebolehnya kena ambil langkah untuk elakkan anak menangis terlebih dahulu. Biasanya baby menangis sebab tekanan yang dirasai oleh gegendang telinga dan juga persekitaran baru dan asing untuk mereka.

Biarkan anak kecil (toddler) main sampai penat dan lapar. Biarkan bayi (baby) pun penat dan lapar dahulu sebelum flight. Jangan bagi sebarang minuman atau snack. Jadi sewaktu dalam flight, bagi minum dan makan ketika take off.

Baby biasanya selepas tu dia akan terus tidur. Kalau toddler pun akan tidur juga sebab dah penat. Namun kalau belum maka kena mula keluarkan mainan kegemaran dia, atau bawa mainan baru dan surprise-kan dia.

Kalau masih meragam dan menangis, dukung bayi dan berjalanlah bagi menteteramkannya bila dah boleh. Boleh berjalan dari hadapan ke belakang berulang kali sampai dia rasa biasa dan selesa.

Ini juga adalah waktu untuk memberi kepadanya apa sahaja termasuklah coklat atau gula-gula atau lolipop, mainan baru dan sebagainya.

Pastikan beg anda mempunyai segalanya dari mainan kegemaran, mainan baru, makanan dan lain-lain. Elakkan mainan yang ada bunyi-bunyian agar tidak mengganggu penumpang lain.

Boleh minta plastic/paper cup dari anak kapal dan anda akan kagum bertapa cawan plastik tadi sangat digemari oleh baby dan toddler.

Anda sebagai ibu bapa juga perlu jangan panik. Jangan takut atau segan untuk dukung bayi dan berjalan sekiranya bayi masih menangis. Tunjukkan yang anda sedang berusaha bagi menenangkan anak anda.

Kalau ada yang menegur dan sebagainya, pohonlah maaf. Pasti ramai penumpang lain serta anak kapal yang akan cuba membantu anda sebaik mungkin.

Banyakkan berdoa semoga semuanya dipermudahkan.

Changing Table dalam pesawat

Begini rupanya changing table dalam toilet. Buka dan lipat turun ke bawah. Dah selesai lipat balik ke atas.

Anak saya berak jer bila dia nak. Jadi kita bawa masuk toilet, buka meja (changing table) yang dilipat di bahagian atas toilet dan letaklah babyatas tu. Tukar lampin macam biasa.

Saya start travel dengan baby seawal umur 3 bulan, hanya saya dan baby tanpa ibunya. Sekarang dengan 2 anak, saya pun dah expert.
Keutamaan Masuk Ke Dalam Flight

“Bukan ke kalau naik flight akan diberi keutamaan kepada keluarga yang mempunyai anak kecil sahaja?” tanya seorang ibu kepada Khairul.

Iya betul. Diberi keutamaan, bukan diwajibkan. Kalau anak jenis yang tidak meragam maka naiklah dahulu tiada masalah. Bagi anak yang meragam maka suruhlah suami naik dahulu. Cakaplah pada pekerja bertugas yang anda nak naik last sekali sebab takut anak menangis dan meragam.
Anak Terbiasa Tidur Dalam Buaian

Paling mudah adalah dukung berjalan keliling kapal terbang tu sampai dia tidur. Dah tidur maka balik ke tempat duduk dan bagi dia tidur atas dada.

Kalau long distance flight macam nak ke Eropah, boleh request baby cot (bakul tidur bayi) yang akan dipasang khas untuk bayi anda jika berumur kurang 2 tahun.
Susu Anak Dan Air Panas

Kalau ikutkan time security check kita tak dibenarkan bawa cecair masuk. Namun kadang-kadang security lepaskan sebab untuk baby.

Namun di overseas, security sangat strich. Air suam/panas boleh diminta dengan pramugari.In fact mereka tahu nak buat air suam untukbaby. Anda cuma perlu minta saja.


Kredit : The Vocket

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.