Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

(Video) 18 Cedera Apabila Eskalator Tiba-Tiba Berundur Laju

Eskalator


HONG KONG: Sebuah eskalator di pusat beli-belah di sini tiba-tiba berundur dengan laju, menyebabkan 18 pengunjung cedera, pada petang Sabtu.

Rakaman video yang tersebar  oleh saksi menunjukkan eskalator berukuran 45 meter yang menghubungkan tingkat empat dan tingkat lapan Langham Place di Argyle Street itu tiba-tiba bertukar arah dan bergerak laju.

Kejadian itu menyebabkan pengunjung yang sedang menaiki eskaltor tersebut terkejut dan tidak dapat mengimbangi badan mereka sebelum terjatuh ke bawah beramai-ramai.

Saksi mengesahkan 14 wanita dan empat lelaki cedera akibat tidak dapat mengimbangi badan dan jatuh tergolek dari eskalator.


"Kelajuannya adalah dua kali lebih cepat dari biasa," kata seorang wanita yang cedera di bahagian kaki dalam kemalangan itu.

Seorang lagi saksi berkata dia dapat melihat eskalator bergerak lebih laju dalam insiden itu yang berlaku kurang dari satu minit.

"Saya dengar orang menjerit ... eskalator yang sedang ke tingkat atas tiba-tiba berundur tetapi dengan lebih laju," kata wanita itu yang mahu dikenali sebagai Tina.

"Ia berlaku secara tiba-tiba dan pantas sehingga tiada siapa boleh bertindak balas," katanya.


- South China Morning Post

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.