Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Wanita Hampir Mati Selepas Mewarnakan Rambut, Muka Membengkak, Kulit Dan Telinga Terbakar

Gemma Williams, hampir kehilangan nyawa selepas menghitamkan rambutnya.

Jika terlewat satu jam lagi, seorang wanita bakal kehilangan nyawa selepas diracun oleh perwarna rambutnya sendiri.

Menurut Gemma Williams,24, selepas dia cuba mewarnakan rambutnya menjadi hitam, berlaku tindak balas yang hampir meragut nyawanya oleh pewarna rambut yang telah bertukar menjadi racun dan telah meresap ke dalam darahnya. Akibat daripada itu, dia bakal menderita septisemia sepanjang hidupnya.

Jurusolek dan pakar kecantikan ini bersumpah yang dia tidak akan menyentuh pewarna rambut lagi, dan memberi amaran bahawa kesan daripada pewarna rambut tersebut sungguh berbahaya.

Gemma, seorang gadis yang mempunyai rambut perang secara semula jadi, berhasrat untuk mewarnakan rambutnya menjadi hitam. Namun, selepas 24 jam dia mewarnakan rambut, dia mula mengalami tindak balas yang teruk seperti kulit terbakar dan melepuh di sekitar telinga dan matanya hampir tertutup.

Beliau berkata lagi,"Telinga saya membengkak dan bisa yang keluar dari luka seperti membakar kulit saya dan mata saya juga telah mengalami nasib yang sama."

Gadis malang itu diberikan rawatan segera dan diberikan steroid serta antibiotik untuk mengubati kesan radang dan ruam. Namun, selepas seminggu, mereka mendapati ubat itu tidak membantu dan mereka pergi semula ke hospital dan mendapati bahawa pewarna tersebut telah meresap ke dalam darahnya dan menjadi racun.

Menurut doktor yang merawat Gemma, jika dia tidak datang ke hospital, dia mungkin akan mati akibat diracun pewarna rambut itu.

"Semua orang hanya meletakkan pewarna rambut di kepala mereka tanpa benar-benar membaca arahan. Ia menakutkan kerana apabila anda meletakkan pewarna rambut, anda tidak sedar bahawa ia akan pergi ke dalam badan anda. Nasihat saya, lakukan ujian tampalan terlebih dahulu sebelum mewarnakan rambut. Ia boleh menyelamatkan nyawa anda."kata Gemma lagi.

Kredit : Yahoo UK News


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.