Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Serangan Pengebom Berani Mati,14 Maut di Stesen Keretapi St.Petersburg

Memetik laporan CNN, serangan di St. Petersburg telah dijalankan oleh seorang pengebom berani mati. Menteri Luar Karzastan berkata, pihak berkuasa sebelum ini telah mengenal pasti seorang warganegara Rusia, Akbarjon Djalilov, sebagai suspek letupan berani mati di stesen kereta api di bandar Rusia pada petang Isnin yang lalu. Kementerian Kesihatan Rusia menaikkan jumlah yang kematian dari 11 kepada 14. Menurut Menteri Kesihatan Veronika Skvortsova,terdapat empat orang masih berada dalam keadaan kritikal dan berpuluh lagi tercedera.

Seorang wanita membuat panggilan telefon di hadapan pintu masuk stesen kereta api.

Kawasan letupan ditutup sementara untuk siasatan polis.

Pintu kereta api rosak teruk akibat letupan.

Petugas keselamatan bersiap sedia dalam misi menyelamat mangsa letupan bom.


Setakat ini, kesemua pelajar Malaysia yang menuntut di State Marine Technical University of Saint (St) Petersburg, Rusia dilaporkan berada dalam keadaan selamat. Menurut Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Syed Saifuddin Syed Ahmad tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam serangan letupan bom di bandar raya kedua terbesar Rusia itu semalam. - BERNAMA

Kredit : MSNBC

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.