Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

1.56 Juta Permohonan Diterima, Hanya 25,046 Kekosongan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)


Tahun lalu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menerima 1.56 juta permohonan, namun hanya 25,046 kekosongan jawatan untuk lantikan tetap ditawarkan-Datuk Joseph Entulu Belaun
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menerima 1.56 juta permohonan, namun hanya 25,046
kekosongan jawatan untuk lantikan tetap ditawarkanDatuk Joseph Entulu Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata berlaku penurunan daripada 1.63 juta permohonan dengan kira-kira 24,606 kekosongan pada tahun 2015. Hal ini selakigus memberi peluang kepada pihak kerajaan memilih calon yang benar-benar layak untuk bekerja.

"Pada masa ini, SPA telah melaksanakan kaedah pengambilan yang dipanggil 'My Recruitment'. Kaedah ini memerlukan calon melalui empat proses saringan iaitu tapisan awal, peperiksaan dalam talian, penilaian kompetensi dan yang temuduga," kata Joseph.

Joseph menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Lubok Antu (BN) William Nyalau Badak berkenaan punca calon yang telah lama memohon pekerjaan di SPA tidak pernah dipanggil temuduga dan tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut.

Joseph menjelaskan antara kriteria yang dilihat pada calon temuduga SPA ialah berketerampilan, perlu mempunyai ciri kepimpinan dan jati diri.

Jelasnya lagi, tidak timbul soal sokongan daripada orang kenamaan dalam isu penerimaan calon untuk bekerja.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.