Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

(Al-Fatihah) Pelajar Tahfiz Dipukul Warden Sah Meninggal Dunia


JOHOR BAHRU – Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi,11, pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi yang didakwa dipukul pembantu warden, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.05 petang tadi.

Berita kematian itu disahkan bapa mangsa, Mohd Ghaddafi Mat Karim,43, yang ketika itu berada bersama keluarga untuk menemani anak lelaki sulungnya itu dengan bacaan doa untuk kesembuhannya.

Allahyarham pelajar 11 tahun itu sebelum ini telah menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat jangkitan kuman yang didakwa kesan akibat dipukul pembantu warden.

Mohamad Thaqif Amin sepatutnya melalui proses pembedahan memotong tangan kanannya yang turut dijangkiti kuman kira-kira 8 pagi tadi, sebelum dilaporkan terpaksa ditangguhkan atas faktor kesihatan jantung.

Kesihatan Thaqif semakin merosot sejak dibawa keluar dari madrasah tahfiz itu, 31 Mac lalu bukan hanya kehilangan kedua-dua belah kakinya, malah dijangkiti kuman di tangan kanan, darah beku di tangan kiri selain sebelum ini kegagalan buah pinggang berfungsi berada dalam tahap kritikal yang ditempatkan di Wad Dependensi Tinggi, Hospital Sultan Ismail, di sini.

Kredit : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.