Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Apartment Runtuh di Poland, 6 Orang Terbunuh

Bangunan apartment tiga tingkat itu runtuh dipercayai akibat letupan gas

WARSAW, Poland (AP) - Enam orang terbunuh dan empat lagi cedera apabila sebuah rumah apartment lama yang dibina sejak sebelum Perang Dunia II runtuh Sabtu lalu di barat daya Poland.

Menurut laporan portal Fox News,pihak  bomba dengan anjing pengesan meneruskan usaha mencari untuk memastikan tiada lagi mangsa yang terperangkap dibawah runtuhan bangunan di bandar Swiebodzice itu.

Jurucakap serantau bagi anggota bomba, Daniel Mucha berkata, bangunan tiga tingkat itu mungkin telah runtuh akibat letupan gas. Sekumpulan pakar dalam bidang pembinaan telah ditubuhkan untuk menyiasat punca kejadian.

Pusat pengurusan menyelamat berkata, mayat mangsa keenam ditemui lewat Sabtu. Dua daripada mangsa adalah kanak-kanak sekolah.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.