Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Bayi Baru Lahir, Masih Bertali Pusat Ditinggalkan di Stesen Bas

hospital sultanah bahiyah
Seorang bayi lelaki baru lahir dan masih bertali pusat ditinggalkan di Stesen Bas berhampiran Hospital Sultanah Bahiyah.
 ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan telah ditemui ditinggalkan di stesen bas berhampiran Hospital Sultanah Bahiyah pada pagi Ahad.

Menurut laporan portal The Star, bayi lelaki ditemui orang awam pada kira-kira 6.40 pagi dan ketika ditemui bayi tersebut hanya berbalut sehelai tuala putih, Kejadian itu telah dimaklumkan kepada seorang pengawal yang bertugas di pintu masuk utama hospital. Ambulans dihantar ke stesen bas, yang terletak di Jalan Langgar.

Difahamkan, kanak-kanak itu dibawa ke zon merah unit kecemasan untuk rawatan. Bayi yang ditemui itu telah dibersihkan tetapi tali pusat beliau masih melekat pada tubuhnya. Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada dia.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 371 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.