Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Bengang Suami Mahu Berkahwin Lagi, Isteri Bertindak Bakar Rumah


INDONESIA - Seorang isteri yang mengalami tekanan perasaan gara-gara suaminya mahu berkahwin lagi bertindak membakar rumahnya sendiri minggu lalu.

Memetik laporan portal Berita Satu, Ketua Dinas Pemadam Kebakaran dan Penyelamatan Kota Depok, Yayan Ariyanto berkata, kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kawasan Sukamaju Baru, Daerah  Cimanggis itu sudah tidak dapat dikawal lagi.

Ariyanto berkata, isteri kepada Abdullah itu mengalami tekanan perasaan sehingga mengambil tindakan sedemikian.

"Isterinya alami depresi ketika mengetahui suaminya mahu berkahwin lagi.

"Lantas membakar rumah," katanya kepada media.

Dalam kejadian itu, katanya pihaknya telah menyediakan empat unit pasukan daripada unit pemadam kebakaran yang terdiri daripada Unit Pelaksana Teknis di Tapos dan Cimanggis dan  melibatkan 18 orang petugas.

"Pemadaman dilakukan pada pukul 6:18 hingga 6:55 petang. Jumlah kerugian ditaksir Rp16 juta.

"Kami mengalami sedikit kesulitan kerana kedudukan rumah yang berada di kawasan yang  sempit," ujarnya.

Kredit : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.