Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Bunyi Aneh, Suara Misteri Dari Kubur

perkuburan islam mukim jal besar

TUMPAT - Penduduk kampung Cherang Melintang gempar setelah mendengar bunyi aneh suara nyaring seperti seorang lelaki bertempik yang datangnya dari kawasan tanah perkuburan. Suara yang menyeramkan itu didengari oleh seorang penduduk dua minggu lalu ketika berada di rumahnya bersebelahan tanah Perkuburan Islam Mukim Jal Besar.

Semenjak tersebarnya cerita misteri suara dari kubur itu, penduduk mula rasa takut dan ada juga yang menganggap ianya cerita tahyul. Ia juga menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial hingga menjadi tular apabila status misteri suara aneh dari kubur itu dimuatnaik di media sosial semalam.

Menurut Mahadi Mat Salleh, 45, berkata tiga kali dia mendengar suara lelaki bertempik yang menyeramkan sehingga bulu romanya meremang.
"Suara itu jelas kedengaran dan amat nyaring bunyinya sehingga mengejutkan saya, tiga kali saya dengar ia bertempik. Ketika itu saya berada di belakang rumah kira-kira jam 10 malam kerana mahu mengambil tukul," .

Kredit : SinarHarian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.