Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Demam Piala FA, Stadium Darul Aman Mula Dipenuhi Penyokong

Kedah FA
Penyokong Kedah mula membanjiri kaunter tiket untuk menyaksikan perlawanan suku akhir pertama Piala FA menentang PKNP FC malam ini. - Foto Penyokong Bola Sepak Kedah

Sejak malam tadi lagi, penyokong setia Kedah sudah mula membanjiri Stadium Darul Aman untuk mendapatkan tiket perlawanan suku akhir pertama Piala FA antara pasukan kesayangan mereka menentang PKNP FC. Menurut laporan BH Online, walaupun dalam keadaan hujan lebat, kaunter jualan tiket tidak-putus-putus dikunjungi mereka yang datang dari sekitar negeri ini. Keadaan cuaca buruk langsung tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berada kaunter jualan tiket sehingga ia dibuka pada jam 9 pagi ini.

"Stadium Darul Aman sudah menjadi seperti rumah kami. Tidak kira sama ada hujan atau tidak, saya tetap mahu mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan Kedah pada suku akhir kali ini," kata seorang penyokong Kedah, Zulkifli Hashim,38, dari Yan, terkenal dengan nama jolokan 'Puaka Jerai' bersama tujuh rakannya.

Tambahnya lagi ketika ditemui,"Pasukan Kedah semakin gah pada kedudukan liga dan ada harapan besar ke final Piala FA musim ini. Jadi ini yang membuatkan saya dan rakan saya bertambah semangat walau kami terpaksa menunggu hingga jam 9 pagi nanti."

Sementara itu, tinjauan mendapati sekumpulan penyokong tegar Kedah dilihat membawa payung di kawasan kaunter jualan manakala sebahagian lagi memasang khemah sementara. Perlawanan Kedah menentang PKNP di Stadium Darul Aman dijadual bermula jam 9 malam ini. Kira-kira 25,000 penonton bakal memenuhi perkarangan stadium negeri pada malam ini.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.