Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Dengan Baki Kontrak Yang Belum Diperbahrui, Baddrol Bakhtiar Bakal Tinggalkan Kedah?


Bila sebut nama Baddrol Bakhtiar pasti kita akan teringatkan betapa sinonimnya pemain ini dengan pasukan Kedah.

Persembahannya setiap perlawanansering tidak mengecewakan para peminat, ditambah dengan prestasi Kedah secara keseluruhan ketika ini yang cukup baik menyaksikan beliau merupakan penyumbang kepada prestasi cemerlang itu.

Dengan prestasi cemerlang beliau, pastinya beliau menjadi perhatian beberapa pasukan di negara kita.

Hasil dari sumber risikan kami, kontrak Badrrol bersama pasukan utara tanah air itu akan berakhir pada akhir musim ini.

Cinta Baddrol terhadap Kedah nyata kuat, namun untuk memerlukan beliau kekal di Darul Aman untuk tempoh yang lebih lama memerlukan Kedah membelanjakan sejumlah wang untuk beliau.

Menurut sumber kami, Baddrol dalam proses perbincangan bersama pasukan Kedah untuk mendapatkan kontrak baharu untuk terus kekal di Darul Aman.

Namun apa yang menjadi penghalang adalah kekangan kewangan Kedah untuk menyamai permintaan yang diminta oleh Baddrol.

Baddrol dikatakan mendambakan kenaikan gaji sebanyak 30% dari gaji yang kini beliau peroleh ketika ini.

Namun andai kata Kedah tidak mampu untuk menandingi permintaan beliau, Baddrol tiada pilihan lain selain ke pasukan yang boleh menawarkan kontrak yang lebih baik kepadanya.

Sudah semestinya pemain seperti Baddrol pasti menjadi rebutan banyak pasukan utama jika beliau sah tidak bersama Kedah pada musim hadapan.

Adakah Baddrol akan terus kekal di Darul Aman musim hadapan atau bersama pasukan baharu? Sama-sama kita nantikan. - Semuanya Bola

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.