(Gempar)Pesawat MAS Terbabas Dari Landasan

SIBU: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) terbabas dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 10.17 malam tadi.
Keadaan landasan yang licin akibat hujan lebat sejak petang tadi menjadi punca pesawat Boeing 737-800 MH2718 dari Kuala Lumpur itu terbabas.
MAS mengesahkan kesemua enam anak kapal dan 61 penumpang dalam pesawat berkenaan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Difahamkan, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Kredit : Berita Harian
Tiada ulasan: