Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Janet Jackson Bercerai Dengan Suami, Seorang Jutawan Dari Qatar

suami jutawan dari qatar
Janet Jackson mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya, seorang usahawan yang bergelar jutawan di Qatar ini selepas tiga bulan melahirkan anak perempuannya.

KUALA LUMPUR 9 April - Bintang terkenal Hollywood, Janet Jackson,50, dikhabarkan telah berpisah dengan suaminya yang juga jutawan dari Qatar, Wissam Al Mana.

Memetik laporan portal Daily Mail, hanya selepas tiga bulan Jackson melahirkan bayi perempuannya, Eissa Al Mana, pasangan ini memutuskan untuk tidak lagi tinggal sebumbung.

Menurut sumber iaitu teman rapat Jackson, pasangan yang telah lima tahun berkahwin itu berpisah kerana tiada kesefahaman lagi.

“Sedihnya Janet dan Wissam tidak mampu mempertahankan mahligai yang dibina dan membuat keputusan untuk jalani kehidupan masing-masing.

“Meskipun terlalu sibuk, mereka berdua tetap menjalankan tugas sebagai ibu dan bapa kepada anak tunggal biarpun tidak lagi tinggal bersama," katanya.

Sementara itu, menerusi laman portal The Sun, punca penceraian mereka masih lagi menjadi tanda tanya. Mereka mengambil jalan untuk mengunci mulut dan tidak mengembar-gemburkan hal tersebut.

Ini merupakan penceraian ketiga buat Janet. Terdapat rumor yang mengatakan Jackson telah memeluk Islam selepas berkahwin dengan Wissam kerana pernah dilihat memakai hijab tetapi tidak pernah disahkan oleh Jackson sendiri.

Terdahulu, penyanyi lagu Runway ini pernah berkahwin dengan James DeBarge pada tahun 1984 dan bercerai setahun kemudian.

Menerusi perkahwinan bersama produser muzik Rene Elizondo juga tidak bertahan lama dan akhirnya berpisah selepas sembilan tahun hidup bersama. -

Kredit : UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.