Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Jasad Kanak-kanak Lemas di Pantai Kemayan Akhirnya Ditemui

Wan Nurul Huda Wan Mohd Long ditemui pagi tadi 100 meter dari lokasi kejadian - Foto ehsan HM Online
Jasad kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang lemas di Pantai Kemayang, Tawang, Bachok ditemui awal pagi ini.
Menurut Pegawai Operasi Ahmad Mazdan Jusoh dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, jasad Wan Nurul Huda Wan Mohd Long, ditemui tersangkut di jaring kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian oleh Angkatan Pertahanan Awam, APM, pada 4.35 pagi.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Penemuan mayat itu susulan operasi yang diteruskan oleh pasukan penyelamat membabitkan pelbagai pihak termasuk bomba, APM, dan polis di kawasan pantai,” kata Ahmad Mazdan kepada media.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk bedah siasat.
Menurut laporan portal Berita Harian semalam,bapa saudara Wan Nurul Huda berjaya menyelamatkan tiga anaknya daripada lemas. Malangnya, dia sendiri akhirnya lemas dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam.
Dalam kejadian itu, Allahyarham Mohd Shamsure Mat, 37, ditemui orang ramai pada 5.25 petang, manakala anak saudaranya, Nurul Huda, pada ketika itu masih hilang.
Tiga anak arwah Mohd Shamsure, Nur Shahira, 11,Nurshafiqha, 9, dan Mohamad Adam Daniel, 7, sempat diselamatkan mangsa sebelum dia lemas.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.