Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

"Kami Tidak Sefahaman Lagi",DS Vida Sah Bercerai

DSV sah bercerai dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin di Mahkamah Syariah Perak.
Ipoh: Datuk Seri Dr Hasmiza Othman,46, pengasas Vida Beauty atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida sah bercerai dengan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin,39, di Mahkamah Syariah Perak, pagi ini.
Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Datuk Seri Vida ketika dihubungi pagi tadi.
Menurut Datuk Seri Vida berkata, dia bersama bekas suaminya itu hadir ke Mahkamah Syariah pagi ini untuk proses lafaz cerai selepas sudah menfailkan permohonan perceraian beberapa minggu lalu.
Ketika diminta mengulas punca masalah dan keretakan rumah tangganya, dia berkata, punca perceraian adalah disebabkan mereka tidak mempunyai persefahaman lagi.
"Semuanya dimudahkan dan kami sah bercerai, kami tidak mempunyai persefahaman lagi," katanya.

Kredit : Harian Metro

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.