Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Lelaki Gantung Diri Dan Anak Berusia 11 Bulan di FB Live


BANGKOK: Seorang lelaki bertindak merakam perbuatannya membunuh anak serta diri sendiri melalui  FB Live selepas bertengkar dengan isterinya.

Berdasarkan laporan portal AFP, polis di pulau peranginan selatan itu berkata, pihak polis dimaklumkan berhubung video berkenaan oleh rakan-rakan lelaki itu dan bergegas ke hotel terbiar berhampiran lapangan terbang antarabangsa pada petang Isnin.

"Mereka telah mati ketika saya tiba di sana," kata Leftenan Jullaus Suvannin, individu pertama yang tiba di tempat kejadian.

Menurutnya lagi, telefon pintar lelaki berkenaan yang merakam kejadian turut ditemui disandar pada dinding. Pihak polis percaya lelaki berkenaan telah bertengkar dengan ibu kanak-kanak yang berusia 11 bulan itu sebelum bertindak menggantung diri sendiri serta anak perempuannya.

Terdahulu, pemilik Facebook, Mark Zuckerberg pernah berjanji bagi memastikan rangkaian sosial terkemuka dunia itu tidak digunakan untuk menyebarkan perbuatan mengerikan seperti pembunuhan dan bunuh diri. Namun, beliau tidak dapat dihubungi untuk memberi komen berhubung insiden berkenaan.

Sementara itu, Gabenor Phuket menggesa rakyat Thailand supaya tidak berkongsi rakaman pembunuhan berdurasi empat minit tersebut yang masih boleh didapati di rangkaian sosial pada Selasa lalu.

Kredit : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.