Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Lelaki Lemas di Pantai Kemayan Bachok, Kanak-kanak Perempuan Belum Ditemui

pantai kemayan bachok
Operasi menyelamat dihentikan seketika berikutan ombak deras. - Foto AstroAwani

Seorang lelaki ditemui mati lemas selepas menyelamatkan anak saudaranya ketika mandi di Pantai Kemayan, Bachok, Kelantan petang tadi. Namun, seorang lagi anak saudaranya,Wan Nurul Huda Wan Mohd Long yang berusia tujuh tahun masih gagal ditemui ketika ini. 

Menurut Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Nik Aminuddin Raja Abdullah, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang, mangsa, Mohd Shamsure Mat, 37, yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kota Bharu sempat menyelamatkan anak-anaknya 
Nur Shahira, 11, Nurshafiqha, 9, dan Mohamad Adam Daniel, 7 yang turut mandi di pantai berkenaan sebelum dia lemas.

"Mangsa (Mohd Shamsure) bagaimanapun lemas akibat dibawa arus deras ombak ketika sedang berusaha menyelamatkan Wan Nurul Huda," katanya ketika ditemui.

Operasi mencari mangsa yang berusia tujuh tahun itu walaubagaimanapun, dihentikan lewat petang tadi dan akan disambung semula pagi esok.

Mangsa yang berjaya diselamatkan telah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk pemeriksaan lanjut.

Seterusnya mayat mangsa pula dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab 11 Kota Bharu untuk bedah siasat.

Mereka sekeluarga datang ke pantai ini untuk tujuan beriadah. 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.