Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Lelaki Nekad Berkahwin Dengan Robot Setelah Gagal Mencari Calon Isteri

Zheng Jiajia, 31 nekad mengahwini robot ciptaanya sendiri selepas gagal mencari calon isteri yang sesuai.- Foto Siakap Keli

Seorang lelaki dari China bernama Zheng Jiajia, 31 nekad mengahwini robot ciptaanya sendiri selepas gagal mencari calon isteri yang sesuai.

Menurut laporan South China Morning Post, pencipta robot dan pakar kederdasan buatan (Artificial Intelligence) dari Hanghou ini telah menghasilkan robot wanita itu pada hujung tahun yang lepas.

'Isteri' Zheng yang diberi nama "Yingying" hanya mampu bertutur beberapa perkataan mudah bercadang untuk menaik taraf keupayaan robotnya supaya boleh berjalan dan melakukan kerja rumah.

Menurut laporan media di China, pasangan ini telah 'berkahwin'' dalam satu majlis ringkas namun masih mengikut adat dan tradisi tempatan yang turut dihadiri ibu dan rakan terdekat.

Kredit : Astro Awani

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.