Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Masukkan Botol Deodoran Ke Dalam Kemaluan Rakan, 4 Pelajar Perempuan Sekolah Pemulihan Akhlak Didakwa Mencabul

Keempat-empat tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dengan cara memasukkan botol deodoran ke dalam kemaluan seorang remaja perempuan.

AYER KEROH: Di Mahkamah Sesyen hari ini, empat pelajar perempuan sebuah sekolah pemulihan akhlak di negeri ini telah didakwa atas kesalahan memasukkan botol deodoran ke dalam kemaluan seorang penghuni lain, awal bulan ini.

Pelajar yang berumur antara 18 dan 19 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Berdasarkan pertuduhan, keempat-empat tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dengan cara memasukkan botol deodoran ke dalam kemaluan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun 10 bulan, di sebuah bilik di sekolah berkenaan, kira-kira jam 5 petang, pada 9 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Siti Ruvinna Mohd Rawi,Timbalan Pendakwa Raya, tidak membenarkan jaminan atas faktor semua tertuduh hampir tamat tempoh perintah di sekolah itu dalam tempoh terdekat dan mencadangkan jaminan RM30,000 bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan dikenakan jika mahkamah menggunakan budi bicara.

Bagaimanapun, peguambela kesemua tertuduh Andrew Lourdes, membuat rayuan memohon jaminan RM5,000 setiap seorang dengan alasan dari keluarga berpendapatan rendah.

Ahmad Sazali membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 setiap seorang dengan syarat tambahan perlu meneruskan perintah di sekolah terbabit hingga kes selesai, jika jaminan dibayar.

Mahkamah menetapkan 17 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan perubatan mangsa. -

Kredit : BeritaHarian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.