Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Muslim China Dilarang Pakai Burka, Simpan Janggut

Muslim China dilarang memakai burka serta menyimpan janggut.
Kerajaan China mengumumkan larangan memiliki janggut dan pemakaian burka sebagai sebahagian langkah mengetatkan lagi peraturan antikeganasan di wilayah Xinjiang. Selain itu,penduduk yang enggan menonton bahan propaganda kerajaan juga bakal dikenakan tindakan. 

Wilayah asal etnik Uighurs ini, secara tradisinya beragama Islam dan sering berdepan dengan kekejaman serta diskriminasi agama oleh Kerajaan China. Menurut laporan akhbar Berita Harian hari ini, peraturan baharu itu berkuat kuasa serta merta, dengan larangan menyimpan janggut panjang yang dianggap 'tidak normal' atau memakai jubah yang menutup seluruh badan dan muka. 

Menurut undang-undang yang dipaparkan dalam laman web kerajaan itu, ideologi ekstremis dilarang kepada penduduk negara itu, serta tidak membenarkan masyarakat yang enggan menonton atau mendengar propaganda kerajaan di radio atau televisyen dan menghalang kanak-kanak daripada menerima pendidikan kebangsaan. - AFP

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.