Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Rogol Dan Liwat Remaja Bawah Umur, Operator Kilang Dihukum Penjara 24 Tahun, 20 Sebatan

rogol dan liwat
Muhamed Firdaus Kazi Mohammed Ismail mengaku bersalah rogol dan liwat dipenjara 24 tahun, 20 sebatan. - Foto AstroAwani

Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob hari ini menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan 20 sebatan ke atas seorang operator kilang yang didakwa merogol dan meliwat seorang remaja berusia 12 tahun 10 bulan.


Tertuduh, Muhamed Firdaus Kazi Mohammed Ismail, 21, mengaku bersalah terhadap pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Alor Gajah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan kejam telah melakukan persetubuhan di luar tabii tanpa kerelaan terhadap seorang remaja perempuan Melayu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 337C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa merogol mangsa di tempat sama jam 12 tengah malam pada 24 Mac lalu dan dihukum mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh di kawasan semak bersebelahan ladang getah, di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Masjid Tanah sekitar 11 malam hingga 12.30 pagi antara 23 dan 24 Mac lalu.

Tertuduh tidak diwakili peguam sepanjang prosiding.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Nizam.


Kredit : AstroAwani

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.