Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Surirumah Parah Dikelar dan Ditikam 11 Kali

kes samun
Surirumah tersebut mengalami cedera parah di leher, dada, perut,kaki, tangan serta belakang tengkuk kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan.

Sandakan : Seorang surirumah parah selepas dikelar serta ditikam 11 kali dalam kejadian samun di Kampung Sungai Kayu, Batu 7 dekat sini, semalam. 

Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.17 pagi itu dipercayai akibat disamun suspek lelaki. Wanita yang ditikam itu kini dirawat di Wad Rawatan Rapi Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan kerana cedera parah di leher, dada, perut, kaki dan tangan serta belakang tengkuk.

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, ketika kejadian, suspek dipercayai menikam mangsa yang ketika itu berada di rumah dan mengelar mangsa menggunakan senjata tajam sebelum melarikan diri dengan dua rantai emas milik wanita berkenaan.

“Mangsa sempat menghubungi ahli keluarganya untuk meminta bantuan sebelum dibawa ke HDOK Sandakan. Dia kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan.
“Siasatan lanjut mendapati suspek adalah jirannya yang juga lelaki warga Filipina berusia 40-an dan disyaki tiada keterangan diri yang sah serta sering diupah orang kampung untuk memotong rumput,” katanya ketika dihubungi media, hari ini.
Mohd Azhar mengulas lanjut, pihaknya masih giat memburu suspek yang dilaporkan tinggal di kampung itu sejak 2008 dan kes disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Kredit : Harian Metro

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.