Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Tiada Lagi Perlumbaan F1 di Malaysia


KUALA LUMPUR: Malaysia tidak lagi akan menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu mulai tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa Kabinet telah bersetuju untuk menamatkan kontrak untuk menganjurkan perlumbaan F1 mulai 2018.

Menurut beliau, kontrak ini ditamatkan berikutan pulangan yang diterima semakin berkurangan berbanding dengan kos penganjuran acara tersebut.

"Pada peringkat awal penganjuran perlumbaan F1 di Malaysia, ia telah mempromosikan negara ini sebagai destinasi sukan bertaraf dunia, serta mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan global.

"Bagaimanapun, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula penganjuran perlumbaan F1 dengan mengambil kira perubahan yang telah berlaku sejak kita mula menganjurkannya pada tahun 1999.

"Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira laporan kewangan dan keadaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) ," katanya di media sosial hari ini.

Najib berkata, kerajaan terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menganjurkan acara ini setiap tahun. Beliau berkata bahawa pulangan daripada acara itu berkurangan dari jumlah kunjungan penonton dan pelancong sejak beberapa tahun lalu.

"Pada tahun 1999, hanya 16 negara yang menjadi tuan rumah kepada perlumbaan yang berprestij ini, termasuk dua negara Asia. Namun, sejak ia meningkat kepada 21 negara, dengan enam negara-negara Asia, ia menjadi punca kepada pengurangan dalam pulangan kepada penganjur dan negara, "katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan boleh meningkatkan pembiayaan untuk sukan bermotor dari segi pembangunan bakat, pembangunan infrastruktur, dan teknologi dengan menamatkan kontrak ini. Litar Sepang akan terus memainkan peranan penting dalam usaha Malaysia untuk mempromosikan negara di pentas antarabangsa. Ia akan terus menjadi tuan rumah acara sukan bermotor utama seperti MotoGP dan sukan-sukan lain yang akan terus menarik pelancong ke Malaysia.

Beliau berkata Petronas akan terus menjadi penaja pasukan Mercedes AMG Petronas F1 sebagai sebahagian daripada strategi penjenamaan syarikat.

Perdana Menteri juga menyampaikan penghargaan yang tidak terhingga di atas persetujuan pihak FOM bahawa perlumbaan F1 2017 di Sepang akan menjadi yang terakhir di litar sejak bermula 19 tahun lepas.

Kredit : NST

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.