Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

(Tips) Alternatif Merawat Sakit Batu Karang, Kencing Berdarah

(Tips) Alternatif Merawat Sakit Batu Karang, Kencing Berdarah
Mual dan muntah, kencing berdarah, kecing kerap, air kecing keruh, berbau, demam hingga menggigil mungkin antara gejala yang berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit batu karang. Selain lelaki, wanita turut mengalami penyakit ini dalam lingkungan umur 20 hingga 40 tahun. Sakit yang dialami ini biasanya teruk dan tidak hairanlah jika lelaki dewasa boleh menangis apabila sakit batu karang menyerang.

Batu karang merupakan butir-butir yang terbentuk di dalam air kencing. Ia boleh terbentuk di mana-mana organ badan yang berkait dengan proses pembentukan dan pembuangan air kencing seperti buah pinggang, pundi kencing dan saluran ureter (saluran menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing).

Pakar perubatan percaya faktor pembentukannya barangkali dipengaruhi oleh genetik, persekitaran, diet dan jangkitan kuman di saluran kencing. Oleh itu, sukar untuk menjangka siapa yang boleh mendapat penyakit ini.

Terdapat pelbagai kaedah moden yang ada untuk merawat sakit batu karang seperti penggunaan ubat-ubatan dan melalui pembedahan. Namun, bagi sesetengah individu rawatan alternatif  seperti yang dikongsikan oleh Dr Hamid Arshad ini mungkin boleh menjadi pilihan kedua setelah kaedah moden menemui jalan buntu.

Satu Petua untuk merawat batu karang dalam kilang hempedu oleh Dr Hamid Arshad.

Minum 4 gelas jus epal selama 5 hari berturut-turut

Hari keenam, pastikan anda tidak makan malam. Ambil sesudu garam Epsom (magnesium sulphate) ada dijual di farmasi, pada jam 6 petang dan 8 malam.
Akhir sekali, campurkan satu cawan olive oil atau sesame oil bersama setengah cawan perahan lemon, dan minum. Seeloknya sekitar jam 10 malam. 
InsyaAllah, keesokan harinya batu karang akan keluar melalui najis. Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.