Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

(Tips) "Selamat Seribu Aku", Sis Ini Kongsikan Cara Pulihkan IPhone Yang 'Hang'

Bila berbicara soal gadjet, pasti ramai yang nak tahu. Yela, zaman sekarang ni semua perlukan gadjet. Terutamanya telefon pintar mudah alih. Selain memberikan informasi terkini kepada pengguna, telefon pintar ini juga berfungsi menghubungkan antara yang jauh dengan yang dekat. Tapi, hendak menggunakan telefon pintar ni, bukan sekadar beli dan guna sahaja. Kena tahu serba sedikit selok belok telefon. Macam mana nak buat seandainya telefon yang kita guna tiba-tiba rosak. Apa yang perlu kita lakukan. Kos baikpulih pun boleh tahan mahal. Mari kita baca kisah yang telah dikongsikan oleh saudari Malini Idris buat pengguna telefon pintar IPhone.
"Hantar kedai semua kata motherboard rosak. Aku tak percaya.. Buat kat rumah sekali dapat! Allahu. Thank you, Allah. Selamat seribu aku."
Khas untuk pengguna iPhone. Please share kalau rasa bermanfaat.
Pernah tak iphone korang jadi macam ni? Mula-mula dia hang. Lepas tu dia tunjuk apple logo je. Takde tanda-tanda langsung yang dia nak baik!
Mili bawak pegi jumpa dua kedai technician. Mula-mula kata software problem. Okay fine. Bagi lah dorang buat. Sekali esoknya mili pegi kedai tu balik, dorang kata kene hardisk lepas tu motherboard rosak. Tau tak harga motherboard berapa? Lebih baik beli baru dari betulkan motherboard. Tapi mili tak percaya. Sebab? Motherboard selalunya punca jatuh sangat teruk, dan masuk air.
Then pegi technician kedua. Pun cakap hardisk rosak and motherboard. Okay memang masa ni down sangat! Mili kata takpelah.
Mili pegi kedai ketiga. Mili explain semua kejadian. Dia kata, mustahil motherboard. Ni semua software je. Kalau motherboard rosak, kenapa nak cakap hardisk yang rosak sedangkan hardisk dengan motherboard adalah dua benda yang tak jauh beza. Lepas tu mili fikir.
Sebab mili memang buat research pasal punca motherboard rosak. Motherboard selalunya rosak sebab jatuh yang teruk dan masuk air. Dua ni je yang selalu problem motherboard. Tapi kalau air tak masuk dekat motherboard, mungkin LCD sahaja yang problem. This is my two cent. Correct me if im wrong.
Lepas tu, mili tak puas hati. Mili try research dekat youtube. Ramai gila orang ada problem sama dengan Mili. Ni bukan sebab motherboard! Tapi software yang tak stable. Asalnya sebab masa update iOS wifi tak kuat. Dan dia tak habis update. Masa iOS 10 lagi dia dah banyak buat hal.
Macam mana Mili buat dia on balik secara manual? Masa Mili nak on iPhone tu Mili tekan homebutton lama-lama. Tekan je sampai dia akan keluar Hello dan bahasa-bahasa hello yang lain. Yang ni hard reset eh namanya.
Pilihan kedua kalau yang ni tak jadi, korang boleh tekan on/off sampai logo apple keluar then terus tekan button volume up. Tekan lama-lama sampai dia keluar dari apple logo.
Tapi kalau tak jadi jugak, sila jumpa pakar eh. Mili berani bagi tips ni sebab Mili buat. Please, jangan sebarang-sebarang percaya dengan kedai. Research dulu sebelum buat apa-apa.
Tu saje.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.