Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

(Tips) Petua Kurus Dan Atasi Sembelit

Kebanyakan ibu lepas bersalin pasti mengalami masalah sembelit semasa dalam pantang. Mungkin disebabkan faktor "berpantang" itu sendiri menyebabkan si ibu mengalami dehidrasi (masalah kekurangan air dalam badan) maka terjadilah sembelit. Cara ini salah! Kerana ibu dalam pantang sangat memerlukan kauntiti air yang secukupnya bagi menampung kembali jumlah air dalam badan yang hilang semasa melahirkan dan menyusukan anak. Selain itu, sudah pasti kebanyakan ibu lepas bersalin ini masih lagi trauma. Dan dalam keadaan ini, mereka jadi takut untuk 'buang air' kerana bimbang berlaku koyakan lagi ataupun buasir! 

Selepas melahirkan, si ibu sudah tentu ingin kembalikan sosok tubuh persis anak dara kembali. Petua dan amalan yang betul dan berkesan semasa dalam pantang sangat penting supaya misi untuk si ibu ini kembali langsing dapat dicapai. Jom kita amalkan tips kurus dan atasi sembelit yang telah dikongsikan oleh Puan Nurul Moleek Careprove.

Petua ni saya dapat di blog mat salleh. Saya try amalkan memang ok sangat-sangat la..Saya amalkan minum pada waktu malam. Bermula pukul 7, memang kenyang sampi tidur. Sembelit memang dah tiada langsung.. Susu pun tiada masalah.. Banyak je untuk baby. Yang best tu perut rasa kenyang je.

Ni bahan-bahan untuk sekali minum.

1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sdt serbuk Kayu Manis Ceylon
1 gelas susu (saya pilih susu berkrim tu sebab rasa lemak lagi sedap hehe. nak lagi bagus pilih yang low-fat punya)

*Saya amalkan Kayu Manis Ceylon tu sebab khasiat dia yang lagi baik dari kayu manis biasa. Dari segi rasa, Aryan Kayu Manis Ceylon ni kurang rasa rempah dia dan lebih manis dan sedap sebab gred paling tinggi.


Cara buat dia senang je. Potong buah kurma dan epal tu kecil-kecil. Jangan buang kulit epal sebab kandungan Flavonoid yang ada di kulit tu bagus untuk pelihara jantung dan elakkan stroke.

Masukkan susu dan buah yang dipotong tadi. Nak lagi sedap boleh masukkan ais. Cuma dalam ni saya tak masukkan ais. Then masukkan Kayu Manis Ceylon tadi.

Blender sampai halus semua bahan tu. JANGAN TAPIS tau. Minum semua sekali



Dah siap. Boleh amal setiap hari. Buncit lepas mengandung pun dah kurang bila selalu amal ni hihi..

Antara khasiat yang saya baca kat website dia :

- Kayu manis ceylon mengawal paras glukosa dan mengawal penyimpanan lemak 
- Kandungan karbohidrat dan kombinasi serat tinggi mampu beri rasa kenyang lebih lama
- Singkirkan toksin dari badan
- Atasi sembelit dan usus tersumbat
- Boleh mencegah masalah perut dan usus.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.