Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Trauma Dibuli, Pelajar Tuntut Saman 2 Juta

"Akibat dibuli, anak saya tidak dapat meneruskan hidupnya seperti biasa kerana dia masih trauma dengan kejadian itu. Kami berharap kes ini akan menjadi pengajaran kepada semua pihak," kata Ahmad Fauzi.
Seorang mangsa buli Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) memfailkan saman RM 2 juta terhadap sembilan orang, termasuk lima daripada pembuli, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, bekas Guru Besar, Ketua Pengarah Pendidikan dan kerajaan Malaysia di Mahkamah Tinggi .

Tuntutan yang meilbatkan ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau itu dibuat melalui bapa pelajar itu, Ahmad Fauzi Abdullah, 46. Berdasarkan penyataan tuntutan, mangsa yang kini berusia 16 tahun masih mengalami trauma, tekanan perasaan, hilang tumpuan belajar dan kecederaan fizikal pada telinganya disebabkan perbuatan buli tersebut yang berlaku pada 26 April 2015.

Ahmad Fauzi berkata saman itu adalah bagi menuntut keadilan terhadap anaknya dan memastikan mereka yang bersalah bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka.

Menurut beliau lagi, budaya buli ini jika dibiarkan akan menular hingga tidak terkawal dan mungkin ada orang lain yang akan menjadi mangsa seterusnya.

"Akibat dibuli, anak saya tidak dapat meneruskan hidupnya seperti biasa kerana dia masih trauma dengan kejadian itu. Kami berharap kes ini akan menjadi pengajaran kepada semua pihak," kata Ahmad Fauzi.

Dalam tuntutan mahkamah yang dibuat melalui Tetuan Wan Azleana Wan Adnan and Associates, mangsa mendakwa dia dibuli, dikurung selama tiga jam di bilik ketua pengawas di asrama sekolah selain turut mengalami kecederaan tubuh badan termasuk luka di telinga kanannya dan hilang pendengaran.

Kredit : New Straits Times

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.