Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Trump Arah Sasar Serangan Ke Syria, Tindak Balas Terhadap Serangan Senjata Kimia

Serangan peluru berpandu itu sebagai tindak balas terhadap penggunaan senjata kimia oleh tentera Assad yang telah mengorbankan 70 nyawa, kebanyakannya kanak-kanak.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah mengarahkan satu serangan ketenteraan disasarkan ke sebuah pangkalan udara di Syria. Serangan peluru berpandu ini disifatkan sebagai tindak balas terhadap penggunaan senjata kimia oleh tentera pemimpin Bashar Al-Assad ke atas para penentangnya Selasa lalu.

Serangan beberapa peluru berpandu ke atas pangkalan udara di bawah kawalan tentera pemimpin Bashar Al-Assad itu disifatkan sebagai tindak balas terhadap penggunaan senjata kimia oleh Assad ke atas para penentangnya Selasa lalu.
Kapal perang tentera laut Amerika Syarikat melancarkan 50 peluru berpandu Tomahawk di Laut Mediterannean ke atas beberapa sasaran termasuklah landasan penerbangan, pesawat, dan stesen minyak yang berada di pangkalan udara tersebut.

Arahan serangan tersebut dikeluarkan sehari selepas Trump mengkritik serangan senjata kimia Assad di bandar Khan Sheikoun di Syria yang mengorbankan sekurang-kurangnya 70 nyawa, kebanyakannya kanak-kanak.

Sejak menduduki kerusi Presiden pada Januari lalu, perkembangan ini disifatkan sebagai krisis polisi luar terbesar yang dihadapi oleh Trump.

Serangan ini merupakan tindakan Amerika paling tegas ke atas perang saudara yang telah berlaku selama enam tahun.

Keputusan Trump ini turut dilihat bakal meningkatkan risiko pertelagahan antara Rusia dan Iran, iaitu dua negara yang memberi bantuan ketenteraan kepada Assad.

Kredit : Astro Awani

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.