Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

"Tuhan yang Baik Terhasil Dari Aura Positif", Siti Kasim Dipanggil JAKIM

"Jakim akan panggil (Siti Kasim). Mungkin dia ini tidak tahu, jadi kita nak tahu apa sebenarnya dari mulut beliau" kata Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki- Foto Free Malaysia Today
Siti Zabedah Kasim, atau Siti Kasim akan dipanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan penjelasan beliau tentang satu kenyataan yang dipetik olehnya sebelum ini berkenaan asal usul kewujudan Tuhan.

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata, tindakan boleh diambil pihak berkuasa terhadap peguam berkenaan yang menyebut tentang hal berkaitan Tuhan 'yang berkemungkinan diciptakan oleh sesuatu'.


“(Dalam hal) ini ramai yang keliru. Jakim tak ada kuasa untuk menguatkuasa Enakmen Akidah Kuasa Negeri atau mempunyai autoriti berkaitan akidah.

“Apa yang Jakim boleh buat, kita akan panggil dan harap jabatan agama Islam negeri mungkin boleh ambil tindakan. Jakim akan panggil (Siti Kasim). Mungkin dia ini tidak tahu, jadi kita nak tahu apa sebenarnya dari mulut beliau,” kata Asyraf.

Dalam satu rancangan temu bual media berbahasa Cina beberapa tahun lalu Siti Kasim berkata bahawa beliau berfikir tentang asal-usul kewujudan Tuhan.

Menurutnya, seseorang telah memaklumkan kepada beliau bahawa Tuhan itu wujud melalui tenaga yang dihasilkan daripada manusia iaitu setiap darinya bergantung sama ada ia mempunyai aura tenaga positif atau negatif.

Sumbernya memberitahu, jika aura tenaga positif yang baik beliau percaya Tuhan yang baik akan dapat dihasilkan, begitu juga sebaliknya.

Menurut Asyraf lagi, kenyataan yang dipetik oleh Siti Kasim itu bercanggah dengan akidah Islam dan bersifat mengelirukan.


Kredit : Astro Awani

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.