Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

(Video) Lembu Minum Bir Empat Liter Sehari

Derzelle memberikan arak kepada lembunya di Chimay, Belgium. 
Seorang penternak di Chimay, Belgium memberi lembu ternakannya meminum empat liter bir setiap hari, kononnya ia boleh menyedapkan lagi daging haiwan itu.
Selepas membaca kisah pengeluar daging di Kobe, Jepun,yang memberi haiwan ternakan mereka minum bir sambil menyanyi, Hugues Derzelle lalu mendapat idea untuk memberi lembunya minum minuman tersebut.
Walaupun cerita di Jepun itu hanya mitos, Derzelle yakin lembunya tidak akan mabuk, sebaliknya percaya tindakannya dapat melembutkan lagi daging haiwan berkenaan.
Sejak November tahun lalu dia mula memberikan dua ekor lembunya meminum arak.
Menurut laporan daripada akhbar Harian Metro, Derzelle daging dua ekor lembunya itu lebih bermutu selepas diberikan diet khas ini berbanding daging lembu biasa, sekaligus dia meningkatkan harga daging haiwan berkenaan. 
Penternak itu kini merancang meningkatkan pengeluaran daging lembu khas itu kepada 500 kilogram pada tahun pertama dan menambah jumlahnya jika pengguna memberi maklum balas positif.
Derzelle bukan penternak pertama yang mengamalkan diet khas untuk haiwan ternakannya.
Di Australia, seorang penternak dilapor memberikan haiwannya memakan coklat dan mendakwa hasilnya amat menakjubkan. 

Video lembu Wagyu di Amerika Syarikat yang menjadi tradisi untuk memberi lembu mereka meminum bir supaya menerbitkan rasa daging lembu yang enak dan tekstur daging lembu yang lembut.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.