Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

(Video) Warga Emas Hampir Maut, Van Terbalik dan Terseret Hampir 10 Meter

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas yang memandu sebuah van nyaris maut selepas dilanggar sebuah kereta Proton Wira yang memotong dari arah kiri di Lebuh Raya Cheras-Kajang berhampiran Pusat Pemeriksaan Kereta Berkomputer (Puspakom).
“Akibat daripada perlanggaran itu, van terlibat terbabas dan terbalik di lorong tengah dengan kesemua tayar menghala ke atas. Pemandu van terbabit mengalami kecederaan ringan di tangan kanan dan telah dibenarkan pulang ke rumah,”Deputi Superintenden Shafie Daud.- Gambar Utusan Online
Menurut laporan Utusan Online, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang itu, menyebabkan mangsa, Chu Nyet Foo, 62, yang beralamat di Taman Bukit Anggerik, Cheras mengalami kecederaan ringan di tangan walaupun van yang dipandunya terbalik dan terseret kira-kira 10 meter.

Deputi Superintenden Shafie Daud, Pegawai Turus Jabatan Siasatan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu Proton Wira yang bergerak di lorong kiri cuba memotong van mangsa. Menurutnya, bagaimanapun pada masa sama sebuah kereta Perodua Kelisa yang bergerak di lorong kanan memasuki lorong tengah menyebabkan pemandu berusia 26 tahun itu terpaksa elak ke kiri sebelum hilang kawalan dan melanggar bahagian kiri van terbabit.

“Akibat daripada perlanggaran itu, van terlibat terbabas dan terbalik di lorong tengah dengan kesemua tayar menghala ke atas. Pemandu van terbabit mengalami kecederaan ringan di tangan kanan dan telah dibenarkan pulang ke rumah,” katanya dalam satu kenyataan.

Video : Sukan Star TV

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.