Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Warga Emas Dibayar RM20 Untuk Lihat Isterinya Dirogol

Lebih menjijikkan, mangsa mendakwa perogol telah membayar RM20 kepada suaminya untuk menonton beliau diserang secara seksual.

ALOR STAR: Malang bagi seorang wanita berusia 63 tahun dari Padang Sanai apabila dia dirogol dua kali di rumahnya sendiri sambil diperhatikan oleh suaminya.

Menurut sumber, pada 21 Mac yang lalu, suaminya yang berusia 69 tahun itu telah meminta rakannya untuk datang ke rumah mereka untuk mengurut mangsa dan kemudiannya mangsa dirogol.

Lebih menjijikkan, mangsa mendakwa perogol telah membayar RM20 kepada suaminya untuk menonton beliau diserang secara seksual.

Mangsa hanya mendapat keberanian untuk membuat laporan polis setelah dia dirogol buat kali kedua, pada hari Ahad oleh orang yang sama, dan sekali lagi suaminya dibayar RM20.

Ketua Polis Padang Terap, Deputi Superintendan Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan bahawa suami mangsa dan rakannya telah ditahan semalam untuk siasatan lanjut.

Menurut beliau, pihak polis telah mendapat perintah reman selama seminggu terhadap kedua individu itu bermula hari ini.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan, dan juga di bawah Seksyen 372B Akta yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kredit : NST

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.