Header Ads

Watson Nyambek Membuat Laporan Polis Terhadap Penyampai Tv Kerana Mempersenda Nama Bapa

"Orang hina saya miskin, bankrap, tak ada apa saya terima, nak ketawakan saya apa boleh buat,nasib kita macam tu,tapi bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan." kata Watson.
MIRI: Setelah menjadi tular mengenai penyampai sebuah program TV yang mempersenda nama bapa bekas jaguh pecut negara,Watson Nyambek hari ini telah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis bagi menyiasat motif tindakan penyampai T itu menghina dirinya dan bapanya..

Pekas pemegang rekod kebangsaan acara pecut 100 meter ini tiba di Balai Polis Pusat Miri kira-kira pukul 9.40 pagi disertai penyokong dan peminatnya, serta beberapa aktivis politik dan hak-hak suku kaum Dayak.

Terdahulu, Primeworks Studio dan penyampai rancangan Sukan Tak Sentral, Ammar,30, telah menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada Watson diatas keterlanjurannya dalam program tersebut.

Di laman facebook, luahan perasaan Watson bahawa beliau tidak kisah apabila dirinya dihina miskin dan bankrap tetapi tidak dapat menerima apabila bapanya dihina, telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata mengecam tindakan Ammar yang menyamakan nama bapa Watson dengan bunyi seekor binatang
"Orang hina saya miskin, bankrap, tak ada apa saya terima, nak ketawakan saya apa boleh buat,nasib kita macam tu,tapi bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan." kata Watson.

Watson Nyambek pernah diisytiharkan muflis selepas gagal membayar balik pinjaman bank yang digunakan untuk menanggung kos perubatan bapanya yang menderita barah telinga. Bagaimanapun, beliau dibebaskan daripada status muflis selepas kerajaan Sarawak membayar balik tunggakkan pinjaman tersebut sebanyak RM80,000.

Kredit : MStar

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.