Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Harga Petrol RON 95, RON 97 dan Diesel Turun Minggu Pertama Mei


PETALING JAYA: Pada minggu pertama Mei, harga petrol dan diesel mengalami penurunan  mengikut kaedah pengapungan terkawal secara mingguan.

Harga baharu bagi petrol RON95 RM2.11 seliter berbanding RM2.21 pada minggu lalu, manakala RON97 pula RM2.39 daripada RM2.49 sebelum ini.

Harga bagi diesel pula susut sebanyak enam sen kepada RM2.08 berbanding RM.2.14 seliter.
Semua harga baharu itu akan berkuatkuasa pada Khamis sehingga 10 Mei ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memutuskan untuk menetapkan harga petrol dan diesel mengikut sistem apungan terurus bermula 1 Disember 2014.


Kredit : MStar

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.