Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Mat Over Tampar David Teo Di Hadapan Perdana Menteri

Mat Over dikatakan bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan biadap David Teo dihadapan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA: Satu insiden telah berlaku di Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN2015) pada Rabu tular di media sosial selepas pelawak Mat Over menampar produser filem David Teo di depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut laporan portal berita MStar, ketika majlis dialog berlangsung apabila David dilihat mahu  memberi pendapatnya dan pengacara Datuk Rosyam Nor membuka ruang kepada produser itu selama satu minit.

Namun, David dikatakan tidak berpuas hati cara Rosyam mengendalikan majlis sebagai moderator sehingga berlaku sedikit ketegangan. Rosyam cuba mengawal keadaan, namun secara tiba-tiba pelawak Mat Over atau Sulaiman Yassin muncul lalu menampar muka David.

Dalam video kejadian yang dikongsi di laman sesawang itu, kedengaran suara Mat Over  yang tidak berpuas hati terhadap sikap David itu kerana bercakap kurang sopan di hadapan Najib sebelum menamparnya. Situasi itu mengejutkan hadirin yang hadir sebelum ia ditenteramkan oleh orang ramai. Majlis dialog kemudian diteruskan seperti  biasa.

Program berkenaan dianjurkan oleh Yayasan Perdana Ummah dan telah diadakan di kediaman Najib di Putrajaya. Dianggarkan kira-kira 300  penggiat seni daripada pelbagai latar belakang termasuk pemimpin persatuan menghadirkan diri.

Walau bagaimanapun, Rosyam telah memanggil Mat Over dan David di pentas pada akhir sesi majlis itu untuk meminta maaf dan mereka bersalaman. Kedua-duanya turut berbuat demikian kepada Najib.

Video Kredit : Rafi Awg Kechik


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.