Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

'Kebakaran Asrama Tahfiz': Dendam Dipercayai Punca Kejadian, 7 Remaja Positif Dadah Ditahan


Perselisihan faham antara lima pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dengan tujuh remaja di kawasan Taman Datuk Keramat dipercayai punca kejadian kebakaran yang mengejutkan Malaysia baru-baru ini.

Harian Metro melaporkan, sumber polis berkata, beberapa hari sebelum kejadian, pelajar tahfiz ada mengejek tujuh remaja yang menghisap dadah di kawasan Taman Tasek Datuk Keramat.


Katanya, susulan dari itu, tujuh remaja itu berdendam dengan pelajar tahfiz dan pada hari kejadian, beberapa daripada mereka melompat masuk ke dalam pusat tahfiz itu.

"Kemudiannya, mereka mencuri dua buah tong gas dari kiosk berdekatan lokasi kejadian sebelum membocorkan gas pada tilam dan membakarnya dengan petrol di pintu utama asrama, " katanya.

Tujuh remaja berkenaan telah ditahan dan didapati positif dadah.

Sumber: Harian Metro


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.